Telah tersebut dalam sebuah hadith bahawa sesiapa yang akhir ucapannya La ilaaha illallaah akan masuk syurga. Sebuah hadith yang lain pula menyatakan bahawa la ilaaha illallaah adalah kunci pembuka pintu syurga.
Hakikatnya ucapan la ilaaha illallaah itu hendaklah disertai dengan hati sanubari, sebagaimana yang dinyatakan oleh sebuah hadith, iaitu sesiapa yang mengucapkan la ilaaha illallaah dengan tulus ikhlas nescaya masuk ke dalam syurga. Setiap orang yang mengertikan kalimat ini dengan tulus ikhlas,diharapkan apabila meninggal dunia akan berada dalam keadaan ikhlas juga.
“Ahli isyarat” pula mengatakan, “Jika seseorang dengan tulus mengucapkannya, maka di saat itu pula dia masuk ke dalam syurga.” Allah S.W.T. Berfirman Yang maksudnya :
Dan bagi orang yang Takut saat menghadap Tuhannya Tersedia dua taman,(Al-Rahman 55:46).
Itulah sebenarnya “syurga yang didahulukan, “ berupa kelazatan taat dan munajat, kemanisan iman; dan “Syurga yang dikemudiankan, “ berupa tempat kediaman dan ketinggian darjat. Seorang sufi telah bertanya kepada rakannya, “ Mengapa engkau menucapkan Allah... Allah dan tidak la ilaaha illallaah ?” Rakannya menjawab, “ Aku tidak mahu menafikan pada-Nya satu lawan .” Orang sufi itu berkata lagi, “Berilah penerangan selanjutnya.” Rakannya itu menjawab, “ Lidahku tidak terlintas untuk menyatakan kalimat pengingkaran !”.
Diceritakan bahawa as-Syibli mengatakan kepada rakannya, “ Kami menghendaki yang lebih tinggi lagi daripada yang demikian ini. “Rakannya itu menjawab, Katakanlah Allah sahaja, Kemudian biarkan mereka.... (Al-Am'am 6:91)
Jawapan ini diucapkan diiringi teriakan ketika keluarnya roh. Keluarga Rakannya itu tidak mahu menerima kematian itu dengan begitu sahaja, sebaliknya menuntut as-Syibli berhadapan dengan khalifah agar “persoalan nyawa” Ini diselesaikan sebagaimana Mestinya. Khalifah pun memanggil as-Syibli dan memerintahkan kepada seorang hakim untuk menyoal. As-Syibli menjawab, “ Suatu Roh telah saling merindui dengan penuh berharap... lalu terpanggil.... dan panggilan itu diterima... maka apakah pula kesalahanku?” Mendengarkan demikian Khalifah berkata, “Lepaskan dia! Bebaskan dia! Tiada kesalahan padanya sedikitpun!”
Sumber : Tafsir sufi & Fadhilat 99 Asma' Ul-Husna Karya Imam Al-Qusyairi