Rasulullah S.A.W dengan sebiji limau.

Gambar Hiasan

"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.

Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. 

Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. 

Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. 

Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. 

Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.
 

{ 11 comments.. read them below or add one }

ana zara ana zara 27 Februari 2010 3:27 PTG
tinggi nilai peribadi Rasullullah..
white.cempaka white.cempaka 27 Februari 2010 5:42 PTG
Rasulullah s.a.w, pemimpin terbaik sepanjang zaman..sollu alaik~
myrol92 myrol92 27 Februari 2010 6:11 PTG
Kepimpinannya patut dicontohi oleh segenap masyarakat

Sunnah dan hadisnya hendaklah dijadikan panduan.

Akhlaknya patutlah dicontohi..

barulah hidup aman dunia akhirat
Yus Yus 27 Februari 2010 9:50 PTG
Begitulah akhlak yang patut kita contohi, akhlak mulia dari seorang pemimpin agung.
dsuterawangi dsuterawangi 27 Februari 2010 10:23 PTG
Kita perlu mencontohi Rasulullah dengan menjaga lidah dan perlakuan kita agar tidak menyakiti hati orang lain.
myrol92 myrol92 27 Februari 2010 10:34 PTG
itulah yang sebenarnya..
jika kita dapat melakukan perkara tersebut, Insyaallah kita akan sentiasa diberkati...Amin.
gurly lyla gurly lyla 28 Februari 2010 12:09 PG
Salam..Rasullullah mmg memiliki akhlak yg trpuji..=)
myrol92 myrol92 28 Februari 2010 12:53 PG
salam...
mmg Rasulullah S.A.W adalah contoh terbaik dr segi akhlaknya....
h3r0 h3r0 28 Februari 2010 9:14 PTG
Itulah manusia yang sepatutnya dijadikan idola...