Soalan :
Assalamualaikum ustaz yang saya kasihi..saya ada satu soalan yang memerlukan huraian jawapan dari ustaz..mudah-mudahan ustaz sudi memberi pencerahan tentang masalah ini. Saya bernikah dengan janda anak satu..anak janda tu lelaki..soalan saya ialah adakah anak isteri saya dgn suaminya dulu tu mahram dgn ibu saya?
Jawapan :
Tidak ada ikatan mahram antara ibu suami dengan anak lelaki isteri (yakni antara nenek tiri dan cucu tiri), sebagaimana juga tidak ada ikatan mahram antara anak lelaki suami dengan ibu isteri. Oleh itu, tidak harus antara mereka untuk bersalaman, berduaan dan mendedah aurat.
Hubungan mahram wujud dengan tiga faktor/sebab :
- Faktor nasab (keturunan)
- Faktor perkahwinan
- Faktor penyusuan
- Usul (asal-usul) suami, iaitu bapa suami, datuk suami dan ke atas; mereka adalah mahram kepada isteri.
- Furu’ (cabang, zuriat) suami, iaitu anak-anak beliau, cucu-cucunya serta cicitnya. Mereka adalah mahram kepada isteri.
- Usul (asal-usul) isteri, iaitu ibunya, neneknya serta ke atas. Mereka adalah mahram kepada suami. (*Tiga kelompok di atas menjadi mahram dengan semata-mata berlakunya akad nikah)
- Furu’ (cabang, zuriat) isteri, iaitu anak-anaknya, cucu-cucunya dan cicitnya. Mereka adalah mahram kepada suami. (*Kelompok ini tidak menjadi mahram dengan akad sahaja, tetapi dengan akad dan juga persetubuhan, yakni; anak perempuan isteri atau cucu perempuannya hanya menjadi mahram kepada suami apabila ibunya (yakni isteri) disetubuhi setelah berlakunya akad. Kesimpulannya, apabila seorang lelaki mengahwini seorang wanita dan ia telah mensetubuhinya, maka dengan berlakunya persetubuhan itu, haram ke atasnya mengahwini anak atau cucu wanita tersebut untuk selamanya sama ada anak sebelum perkahwinan dengannya atau anak selepas perkahwinan dengannya).
Wallahu a’lama