Kisah Nafsu Yang Degil Dengan Perintah Allah



Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik. Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". 

Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah." Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau." Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau." Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". 

Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau." Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku." Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

{ 9 comments.. read them below or add one }

bhahmz bhahmz 4 Mac 2010 4:23 PG
salam..jazakallah 4 sharing..
seriously..i think blog ni bgus..
mmberi manfaat kpd org2 cam sy nie..
tme kaceh bnyk2 ye..:D
n teruskan perjuangan, InsyaAllah ^-^
Konon-Konon Latifah Konon-Konon Latifah 1 Oktober 2010 9:49 PG
kenapa Allah memasukkan nafsu dan akal ke dalam manusia? boleh sesiapa kongsi pengetahuan? thanks.
Tanpa NamaTanpa Nama 9 April 2011 6:23 PTG
nafsu adalah ujian untuk akal..manusia sering kalah dengan nafsu,puasa ibarat air yang memadamkan amarah nafsu..untuk diriku yang selalu kalah dengan diriku sendiri..
iLa suHaiLa iLa suHaiLa 20 Mei 2011 1:32 PTG
nak share boleh tak??
time kaseh..
Tanpa NamaTanpa Nama 18 Oktober 2011 1:16 PG
nice site...
mnta izin share... :)
zaid_pck92 zaid_pck92 18 Januari 2012 9:44 PTG
nafsu adalah sesutu nikmat....tp nikmat yg perlu manusia kawal...jike kite salah kawal...kite musnah...dan akal lak.anugerah allah pada hamba nye...2 sebb allah melantik manusia jadi khalifah...sbb manusia ad akal..dapt membezakan ngn semua...maka gunekn akal dengn sebaik nye...dapat membawa ke syurga...amin.
Tanpa NamaTanpa Nama 30 Januari 2012 8:06 PTG
salam...na respond at
Konon-Konon Latifah berkata...
kenapa Allah memasukkan nafsu dan akal ke dalam manusia? boleh sesiapa kongsi pengetahuan? thanks.

1 Oktober 2010 9:49 PG

...knp allah msuk an nafsu n akal dlm m'nusia an?...juz in my opinion,cbe fkir kalau kte juz ad akal je..ta ke hdup ni ta akn jd wrna wrni?...kte ta akn rs mnisnye hdup ni tnpa nafsu tetapi! ingat kalo nafsu je yg jd pengontrol kte mka mcm dlm post ni, kte akn binasa...sbb 2 la islam mementing an kte supaya imbang an antara nafsu dan akal...juz utk sng an lg kfhmn, ibaratnye la an..kte na minum air...yup air je mang da ckup tapi ta best cgt la an so kte tmbh susu n susu ni ibrtnye mcm nafsu tp kalo lbih cgt susu 2 akn bwk bencana at bdn kte so time ni la akal yg mengawal segala tindak-tanduk kte 2 k....hope dpt fhm k
mselim3 mselim3 27 Mac 2012 5:25 PTG
Ini pandangan saya ...pulak ,

Nafsu - ada pada semua benda hidup seperti binatang, tumbuh-tumbuhan dan juga manusia.

Akal- ada hanya pada manusia, tidak ada pada tumbuh-tumbuhan dan binatang....

Darjat manusia jika mengunakan akal yang waras...dan mengawal hawa nafsu dengan mentaati perintah Allah darjat atau martabat manusia adalah lebih tinggi daripada malaikat...seperti darjat Nabi kita Muhammad SAW ....

tetapi jika manusia itu hanya menuruti segala hawa nafsu tanpa akal yang waras ...manusia akan hidup tidak ubah macam binatang...kerana hanya makan,minum, berkelamin dan mati .....

Bukan kan... manusia diciptakan Allah penuh dengan amanah dan juga untuk memakmur dunia ini, kerana manusia adalah khalifah daripada segala yg ada di bumi ini....

Wassalam......
zaidy aje zaidy aje 9 November 2012 12:56 PTG
Allah memasukkan akal dan nafsu untuk seimbang , Malaikat diberikan akal tetapi tiada nafsu , haiwan pula di berikan nafsu tetapi tiada akal , jika kita tida di beri nafsu dah menyerupai malaikat pula , dan jika kita tiada akal , sama seperti haiwan lah , so renung2kan :)