Bangkitkan keseronokan bekerja melalui duit dari bisnes part time



Kita bekerja sebab kita nak cari duit.Dengan duit tu kita boleh beli apa yang kita mahu, pergi ke mana kita mahu, nikmati apa yang kita mahu. Tapi bila kos perbelanjaan naik sedangkan gaji tak naik-naik, time tu kita rasa tak seronok bekerja. Kita akan hilang keseronokan bekerja sebab fikiran menumpu pada masalah kekurangan duit.

Bagi kebanyakan orang, duit adalah sumber utama mereka seronok bekerja. Makin banyak duit yang diorang akan dapat, makin seronok bekerja, khususnya jika Anda bergaji tetap.
Untuk membangkitkan keseronokan bekerja, cari sumber pendapatan kedua selain gaji tetap Anda. Anda boleh cari kerja part time atau buat bisnes part time. Perniagaan internet boleh dijalankan secara part time dan yang bestnya, ia boleh diautomasikan khususnya dalam blogging.

Dengan mengendalikan blog yang dibina menggunakan Wordpress, Anda sudah boleh menjana pendapatan sampingan melalui ruang iklan dan penjualan produk-produk affiliate. Artikel yang Anda tulis boleh dikeluarkan secara automatik walaupun Anda sedang sibuk di tempat kerja. Makin banyak artikel yang Anda tulis, makin ramai pengunjung datang ke blog Anda, makin banyak duit yang Anda akan dapat nanti.
Selain blogging, Anda boleh buat bisnes part time yang lain macam jual prepaid, tulis novel atau jadi penulis bebas, jadi affiliate marketer, jual barang di eBay atau ambik upah menulis artikel untuk blog-blog. Buatlah apa saja yang part time janji halal.

Janji Anda boleh dapat duit sampingan yang dibayar secara mingguan atau dua minggu sekali. Sekurang-kurangnya dapat cover kos perbelanjaan tanpa mengambil duit dari gaji tetap Anda.
Bila Anda dah nampak yang aliran tunai Anda semakin lancar dan menambah jumlah wang Anda selain wang tunai dari duit gaji, Anda akan semakin bersemangat bekerja. Jalan gi tempat kerja hepi saja, senyum memanjang. Tapi ada syarat – kena sanggup merajinkan diri dan sanggup bekerja lebih masa di peringkat permulaan, selain kena bijak membahagi masa.

Lama-kelamaan bila duit dari bisnes part time Anda jumlahnya dah 3 kali ganda duit gaji Anda, time tu Anda dah boleh meletak jawatan lalu menumpu pada bisnes sepenuh masa. Anda akan dapat lebih banyak duit yang akan membuat Anda makin bersemangat bekerja disamping dapat meluangkan lebih banyak masa bersama pasangan Anda dan anak-anak Anda.Berikan hidup ini sedikit ruang untuk dinikmati, hidup akan memberi Anda ruang untuk menggembirakan diri termasuklah menjana wang dari bisnes part time Anda.

Rujukan : http://www.imotivasi.com