Semalam, dalam kereta umi seperti mengingatkan anak perempuannya tentang jodoh. Dimana saya bercerita dengannya, "Umi, ada seorang kakak ni lawaaaa sangat. Tapi tak kawin lagi. Umurnya dah 30 tahun. Alim, baik, dah macam macam usaha dia cuba umi, tapi masih satu pun macam tak datang melamar. Dia sangat gagah tau umi." Umi hanya mampu tersenyum. Ayah juga.
Saya hairan. Kenapa?
Lalu umi kata,
"Mungkin jodohnya dengan kematian."
Terkedu. "Maksud umi? Dia dah nak meninggal?"
"Bukan la kakngah. Maksud umi, mungkin jodohnya yang ditetapkan oleh Allah tu sudah bertemu dengan kematian. Atau mungkin belum, tetapi hampir kepada kematian. Allah "simpan" dia. Mungkin kalau dia kawen, dan husbandnya meninggal, dia menjadi seorang perempuan yang lupa pada Allah? Sebab angah kata dia alim kan? Mungkin dia terlampau sayang dan tak boleh terima?
Allah boleh je kawin kan diorang, tapi kan Allah kata, Allah kasi ujian kepada hambaNya yang mampu sahaja. Mungkin dalam soal ini, Allah tahu dia tak mampu nak tanggung. Jadi, Allah kasi dia ujian lain, dengan tak kahwin. Sekarang ni, umi nak tanya angah. Angah sanggup hilang orang yang angah sayang, ataaaau angah sanggup tak kawin, dan tak hilang sesiapa pun yang angah sayang?"
Saya diam. Tak jawab. Sudah tentu saya pilih tak kawin, dimana saya tak hilang sesiapa.
Oh, jadi sekarang saya faham, kenapa makcik umrah tu tak kawin, dan Allah tarik rasa nak kawin dekat dia. Ya, baru saya faham..
Saya baru faham juga kata-katanya tentang, "mungkin jodoh makcik dengan kematian" Waktu tu saya fikir, memang makcik ni nak tunggu kematian. Rupanya, maksud dia lain. Oh, ya. Baru saya faham sekarang ni.
Lalu umi sambung, "jadi jangan berharap sangat untuk bertemu jodoh. Bukan umi cakap, jangan tak fikir langsung fasal jodoh, tapi jangan terlampau "gila" kan tentang penemuan jodoh. Serahkan pada tanganNya. Menjadilah yang solehah. InshaAllah, kalau ada jodoh dan rezeki itu, datang jugalah ia kepada kamu.
Remaja zaman asyik fikir tentang jodoh, kahwin awal seronok. Tak pula diorang nak fikir, mati awal tu macam mana? Hish. Takut umi. Kalau anak-anak umi meninggal awal, entah apa yang hendak diorang persembahkan kepada Allah. Jodoh dengan kematian itu sayang, sama tarafnya.
Tapi dalam memikir soal jodoh, kematian itu juga harus selari. Kerana jika hanya fikir tentang soal jodoh, kemana pula persiapan akhir kamu kelak? Jodoh takde takpe, amal takde macam mana pula? Ingat tu. Jodoh tu, orang kata "bonus" kepada setiap hambaNya untuk tambah pahala lebih lebih bagi wanita. Tapi amalan? Ia sendiri sendiri, sayang"
Saya diam. Betullah.
Kita ni, asyik nak jodoh jodoh, kawin kawin. Kalau dalam Luh Mahfuz tu, pasangan saya tu ajalnya awal, maka saya punya jodoh tiada. Sebenarnya ada, cuma Allah tarik awal. Maka, takkan sepanjang hayat saya nak tunggu jodoh turun dari langit? Sedangkan "dia" yang Allah hantarkan tu sudah bertemu awal dengan PenciptaNya?
Muhasabah.
Fikir jodoh itu, haruslah selari dengan fikir akan kematian kita. Baru baru ini, kawan rumate saya meninggal, saya diam sendiri. Muda. Tak kawin. Amal? Bagaimana? Allahu~
Baiklah, mari. Kita persiapkan diri, persiapkan amal. Untuk bertemu Allah, dan bertemu jodoh. Perispkan diri untuk menjadi yang lebih baik, tambah yang lebih hebat. Topup mana mana yang lompong.
InshaAllah dalam persiapan hendak menemu Dia, sekaligus dalam menjadi baik, Allah hantarkan pula seseorang untuk berada di sisi. InshaAllah! Tapi jika takdir bahawasanya jodoh itu tiada, maka dimohon supaya redha itu mendahului, inshaAllah. ♥