Tips Kesihatan Punca Sakit Belakang



PUNCA-PUNCA SAKIT BELAKANG

1. Postur badan yang tidak betul - Sakit belakang boleh terjadi jika anda sentiasa berjalan, duduk atau berdiri seperti orang malas.Tabiat ini akan menyebabkan otot tegang, kaku, sakit belakang, sakit leher dan kelesuan.

2. Kurang senaman - Otot yang menyokong tulang belakang perlu dilatih dengan senaman dan regangan agar kekuatan otot itu dapat dikekalkan.

3. Stres - Stres boleh menyebabkan otot belakang menengang dan hilang keseimbangan badan. Ini boleh mencederakan belakang anda.

4. Kegemukan - Perut yang besar atau buncit akan memberi beban kepada tulang belakang dan menegangkan abdomen anda.

5. Tersalah urat belakang - Ini boleh terjadi sekiranya anda membuat sesuatu dengan cara dan postur yang salah. Anda boleh menegangkan atau mengoyak bahagian belakang dengan hanya membongkok, mencapai/mendongak untuk mengambil sesuatu dan mengangkat barang dengan cara yang salah.

6. Piring ruas tulang belakang tergelincir - Kadangkala piring/ cakera ruas tulang belakang tergelincir daripada kedudukan asalnya dan akan menekan saraf di belakang. Ini menyebabkan kesakitan, lemah dan kebas-kebas di kaki. Anda dinasihatkan agar mendapatkan rawatan doktor dengan segera.