Panduan Solat Sunah Hajat Ringkas


Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah SWT atau kepada seorang manusia, maka hendaklah ia berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian dia bersolat dua raka’at.”    (Riwayat At-Tarmizi)
Solat hajat boleh didirikan secara bersendirian atau berjemaah, sama ada pada waktu siang maupun malam hari. Lebih afdal solat bersendirian sewaktu suasana sunyi selepas tengah malam (selepas 2/3 malam, iaitu 1/3 malam terakhir) kerana ianya lebih berkesan, lebih khusyuk dan amat hening suasananya.

Lafaz niat :

Usolli Sunnatal Hajaati Rak'ataini Lilaahi Ta'ala, Allahu Akhbar
Sahaja aku solat sunat Hajat dua rakaat kerana Allah Ta'ala"

Panduan Solat Hajat

1. Pada rakaat pertama bacalah Al-Fatihah dan Surah Al-Kafirun
2. Rakaat kedua bacalah Al-Fatihah dengan Surah Al -Ikhlas

Pada rakaat yang terakhir sebelum memberi salam, iaitu setelah Tahyat akhir , sujud kembali dengan bertakbir. Dan membaca:

a) Tasbih ini Baca 10 kali


"Tiada Tuhan selain Allah Maha Esa Dia tiada sekutu baginya. Kepunyaan nyalah segala kerajaan / kekuasaan dan bagi nyalah segala pujian. Dan dia atas segala sesuatu Maha Berkuasa"

b) Kemudian baca:



"Wahai Ya Allah bahawasanya aku memohon akan engkau dengan keteguhan ikatan daripada Arasy Engkau dan rahmat dari kitab/hukum engkau, dan dengan nama engkau yang terapung dan wajah engkau yang maha tinggi dan kalimat-kalimat engkau yang maha sempurna, bahawa engkau penuhilah hajatku "

Setelah membaca doa tersebut mintakan apa-apa hajat dengan bersungguh-sungguh,dengan penuh pengharapan. Permohonan pada Allah cukup di sebut dalam hati. Kemudian bangkit dari Sujud sambil bertakbir dan terus memberi salam.

1 comment... add one now

DialoGua DialoGua 11 Mei 2014 3:27 PTG
Assalam.. saya ingin menjemput tuan untuk memeriahkan http://dialogua.com/forum yang baru saya buat khas untuk membincangkan dan mengumpul maklumat tentang Islam bertujuan memberikan manfaat sesama kita terutama bagi golongan yang ingin mengenali Islam dan saudara baru kita / mualaf. Maaf sekiranya saya menggangu..