Berbuat Baiklah Terhadap Ibu Bapa


BERBUAT BAIK TERHADAP IBU BAPA
Allah berfirman dalam surah Al-Ankabut ayat 8 yang bermaksud :
 Dan Kami wajibkan manusia (berbuat) kebaikan kepada dua orang ibu bapanya. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya…
Kita juga mestilah menjaga setiap tutur kata bicara yang diucapkan kepada mereka. Jangan sesekali menengking dan memarahi mereka sesuka hati kita.

Allah s.w.t. mengingatkan kita dalam surah Al-Israa ayat 23 yang bermaksud : 
janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.
Jangan sesekali kita lupa bahawa Syurga itu di bawah tapak kaki ibu. Reda Allah juga bergantung di atas reda ibu bapa terhadap kita.

Cara berbuat baik kepada kedua ibu bapa :
  1. Mendoakan kebaikan mereka
  2. Menolong mereka membuat kerja di rumah
  3. Mendengar nasihat dan teguran mereka
  4. Senyum pada keduanya dll

Cara berbuat baik kepada kedua ibu bapa (jika sudah tiada) :
  1. Mendoakan kesejahteraan mereka
  2. Berbuat baik kepada sahabat mereka
  3. Menjelaskan hutang mereka dll
HARGAI JASA KERINGAT MEREKA
Bagaimana?? Hargailah setiap jasa titis keringat mereka dengan menghargai setiap pemberian mereka dan penyediaan mereka untuk kita.

Hargailah masakan ibu kita dengan lafaz : Sedapnya!

Hargailah hadiah yang diberi oleh mereka dengan lafaz : Cantiknya hadiah ni! Terima kasih!

Hargailah muka penat si ayah pulang bekerja dengan senyuman manis kita 

Hargailah ibu yang sentiasa menemani kita ke pintu rumah saat kita hendak ke sekolah dengan sebuah kucupan mesra di pipi 

Hargailah duit yang mereka bagi untuk kita belanjakan dengan menabung. Bukan asyik topup semata-mata nak call dan sms bf/gf. Bukan dengan menonton wayang dan berkaraoke dengan gf/bf. Tapi, gunakan ia untuk bersedekah, membeli buku-buku agama yang bermanfaat untuk diri dan keluarga dll.

Ingatlah, sesaat yang berlalu takkan kembali tetapi ia tetap akan diperhitungkan..

Bukan mudah hendak mencari sesuap nasi mengisi ruang perut yang sedang kelaparan. Bukan mudah hendak membeli pakaian yang semakin hari semakin mahal harganya. Kita belum merasa sebab kita belum bekerja.

0 comment... add one now