Maklumat Penting Bagi yang Gagal mendapat Tempat di UiTM Sesi March 2014


MAKLUMAT UTK YG GAGAL MENDAPAT TEMPAT DI UITM SESI MACH 2014. ADA  ALTERNATIF PROGRAM EPJJ DAN PLK

UITM (InED ) menguruskan empat (4) program pembelajaran secara serentak iaitu Pembelajaran Jarak Jauh (PJJ), Pendidikan Usahasama, Pendidikan Berterusan dan Pengajian Luar Kampus (PLK). 

Program e-PJJ telah dijalanan sejak tahun 1998. Program ini bertujuan menawarkan pendidikan berterusan bagi meningkatkan pengetahuan dan kerjaya bumiputera. Mereka juga membantu meningkatkan produktiviti dan menyumbang kepada pembangunan negara.  Program ePJJ dijalankan di kampus induk Shah Alam dan juga di kampus negeri dan kampus cawangan. 

Program-program yang dijalankan adalah :

  1. 1 pogram Pra-Diploma Perdagangan
  2. 10 program diploma
  3. 25 program ijazah.

Senarai Program Pengajian Diploma Yang Ditawarkan :

AC110 Diploma Perakaunan
AM110 Diploma Pentadbiran Awam
BM111 Diploma Pengajian Perniagaan
BM112 Diploma Pengurusan Bank
BM115 Diploma Pengajian Perniagaan (Insurans)
BM117 Diploma Pengajian Perniagaan (Pengangkutan)
BM118/OM114 Diploma Pengurusan Dan Teknologi Pejabat
IM110 Diploma Pengurusan Maklumat
HM111 Diploma Pengurusan Pelancongan
SR113 Diploma Pengajian Sukan
PD003 Pra Diploma Perniagaan

Senarai Program Pengajian Ijazah Yang Ditawarkan :
AM228
BM220 Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pemasaran
BM222 Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Kewangan
BM223 Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pengurusan Sumber Ma
BM224 Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pengurusan Operasi
BM226 Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Perniagaan Antarabangsa
BM232 Sarjana Muda Pengurusan Sistem Pejabat (Kepujian)
CT223 Sarjana Muda Teknologi Kreatif
ED220  Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa 2
HM220 Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pegurusan Hotel
HM221 Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Pelancongan
HM222 Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Perkhidmatan Makanan
HM225 Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Seni Kulinari
HS220 Sarjana Muda Kejururawatan (Kepujian)
HS222 Sarjana Muda Pengimejan Perubatan (Kepujian)
HS223 Sarjana Muda Kesihatan Dan Keselamatan Persekitaran (Kepujian)
HS224 Sarjana Muda Fisioterapi (Kepujian)
HS225 Sarjana Muda Pemulihan Cara Kerja (Kepujian)
IM224 Sarjana Muda Sains Pengurusan Perpustakaan Dan Maklumat (Kepujian)
IM225 Sarjana Muda Sains Pengurusan Sistem Maklumat (Kepujian)
IM226 Sarjana Muda Sains Pengurusan Rekod (Kepujian)
MC222 Sarjana Muda (Kepujian) Komunikasi Massa(Perhubungan Awam)
SR221 Sarjana Muda Pengurusan Sukan (Kepujian)
AC220 Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian)
LW213 Sarjana Muda Pengajian Undang-Undang (Kepujian)

Maklumat terperinci senarai program-program, struktur program yang dijalankan, syarat kelayakan boleh dilayari di sesawang http://ined.uitm.edu.my/

Pengendalian Program ePJJ dan PLK

Pelajar perlu mengikut seminar sebanyak 5 kali setiap semester. Seminar yang dijalankan untuk setiap kursus adalah 2 jam setiap sesi. Seminar dijalankan pada hari Ahad bagi negeri-negeri yang cuti umumnya adalah pada hari Sabtu dan Ahad, manakala seminar pada hari Sabtu bagi negeri-negeri yang hari cuti umumnya pada hari Jumat dan Sabtu. 

Kebiasaannya pelajar mendaftar sebanyak 12 jam kredit setiap semester. Manakala program PLK dijalankan sebanyak 7 seminar dalam satu semester.