Manusia Akhir Zaman Samun ketika takbir Jumaat!

NOR AINI melakonkan semula kejadian.
Machang : Sungguh kurang ajar apabila seorang penjenayah memeras ugut seorang suri rumah meminta supaya menyerahkan beg tangan dan barang kemas sehingga mangsa kerugian kira-kira RM28,000 dengan mengacukan pisau lipat dan menyumpah seranah ketika jemaah mengangkat takbiruntuk menunaikan solat Jumaat berhampiran Masjid Peringat, Melor, Kota Bharu, kelmarin.

Dalam kejadian jam 1.55 tengah hari itu, mangsa, Nor Aini Mohd Nor, 58, yang duduk di tempat duduk penumpang sebelah depan sedang menunggu suaminya, Abdul Rahman Abdullah, 58, menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan.

Kereta diparkir di luar masjid dalam jarak kira-kira 100 meter dan tiba-tiba muncul seorang lelaki yang tidak dikenali berbaju Melayu serta meletakkan kain pelekat di kepala di tepi kereta dan dalam keadaan cermin tingkap kereta terbuka sepenuhnya, dia mengacukan pisau lipat sambil menyumpah seranah meminta mangsa menyerahkan barang kemas dipakai dan beg tangan yang diletakkan di kaki.

Menurut Nor Aini, dia tidak menyangka sebuah kereta jenis Wira Aeroback yang tiba-tiba di parkir di belakang keretanya adalah kereta penjenayah.

“Saya membuka cermin tingkap kereta kerana mahu mendengar khutbah dan berdoa. Tiba-tiba sebuah kereta di parkir di belakang kereta saya dan ketika jemaah mengangkat takbir untuk solat Jumaat muncul seorang lelaki tidak dikenali di tepi kereta mengacukan pisau lipat, malah menyumpah seranah dan meminta saya menyerahkan barang kemas dan beg tangan saya.