Sedih, Bayi Perempuan Parah Diserang Biawak di Pulau Tioman



Seorang bayi perempuan yang baru berusia 8 bulan parah digigit oleh seekor biawak di rumahnya di Kuarters pekerja sebuah resort di Pulau Tioman kira-kira jam 10 pagi semalam. Kejadian tersebut disedari oleh si ibu yang berusia 20-an sebelum membawa anaknya ke Klinik Desa Kampung Tekek dan kemudiannya dirujuk ke Hospital Mersing.

Sewaktu kejadian, ibu bayi tersebut meninggalkannya untuk mengambil sesuatu. Tiba-tiba terdengar bunyi bising di dapur diikuti suara bayi menangis dengan kuat dan tidak seperti biasa. Terasa tidak sedap hati, maknya terus berlari ke dapur dan mendapati seekor biawak besar sedang mengigit serta mencengkam kepala bayi perempuannya dengan kukunya dan cuba tarik bayi itu keluar dari kawasan dapur untuk dibawa lari ke dalam semak.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya, berkata bapa mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian itu di pondok polis Kampung Tekek, malam tadi. Johari berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan termasuk meminta Jabatan Perhilitan Pahang melakukan pemeriksaan di kediaman mangsa.

Kes biawak menyerang manusia ini pertama kali dilaporkan berlaku di tempat tersebut. Bayi tersebut kini di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru dan sedang dirawat.



Kasihan adik ni. Mungkin biawak tersebut ingatkan budak ni ayam dan sebagainya. Wallaualam.

Sumber - Ohmedia

1 comment... add one now

Belajar Tobat Belajar Tobat 19 November 2014 1:35 PG
Kasian sekali bayinya, ko biawak bisa masuk rumah gtu gan ?