Doktor diminta henti khatan budak perempuan





GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengarahkan doktor, jururawat dan bidan di negara-negara Afrika supaya berhenti mengkhatankan kaum hawa benua itu.


Pakar WHO, Elise Johansen menyatakan, pekerja perubatan masih membantu mengkhatankan kemaluan kanak-kanak perempuan didakwa bertujuan menghadkan aktiviti seksual mereka apabila dewasa kelak. Elise mendakwa mereka bertanggungjawab terhadap hampir 75 peratus daripada kes di Mesir, kira-kira 42 peratus di Sudan dan 34 peratus di Kenya. Proses dikenali sebagai mengkhatankan kemaluan wanita menjadi amalan masyarakat Afrika. Ia boleh menyebabkan wanita tidak dapat menikmati seks serta komplikasi ketika bersalin.


Sumber : http://www.hmetro.com.my

1 comment... add one now

qismina qismina 21 Februari 2010 7:27 PTG
aku pnh cari psl nie... agak kejam mmperlakukan wanita seperti ini... terutama yg khatan scr menyeluruh... semua buang kecuali dibiarkan satu lubang yg untk buang air..