Ilmu Agama akan beransur-ansur Hilang




Hadis Keempat Daripada 40 hadis.




Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain."




(H.R. Muslim)



Keterangan


Sekarang ini alim-ulama sudah berkurangan. Satu demi satu pergi meninggalkan kita. Kalau peribahasa Melayu mengatakan, "patah tumbuh, hilang berganti", peribahasa ini tidak tepat berlaku kepada alim ulama. Mereka patah payah tumbuh dan hilang payah berganti. Sampailah suatu saat nanti permukaan bumi ini akan kosong dari Ulama. Maka pada masa itu sudah tidak bererti lagi kehidupan di dunia ini. Alam penuh dengan kesesatan. Manusia telah kehilangan nilai dan pegangan hidup. Sebenarnya, alim ulamalah yang memberikan makna dan erti pada kehidupan manusia di permukaan bumi ini. Maka apabila telah pupus alim ulama, hilanglah segala sesuatu yang bernilai.

Di ahir-akhir ini kita telah melihat gejala-gejala yang menunjukkan hampirnya zaman yang dinyatakan oleh Rasulullah saw. tadi. Di mana bilangan alim ulama hanya tinggal sedikit dan usaha untuk melahirkannya pula tidak mendapat perhatian yang sewajarnya. Pondok-pondok dan sekolah-sekolah agama kurang mendapat perhatian daripada cerdik pandai. Mereka banyak mengutamakan pengajian-pengajian di bidang urusan keduniaan yang dapat meraih keuntungan harta benda dunia. Ini lah realiti masyarakat kita di hari ini. Oleh itu, perlulah kita memikirkan hal ini dan mencari jalan untuk menyelesaikannya.

4 comments.. read them below or add one

assyuhada assyuhada 27 Februari 2010 6:19 PTG
ya, betul...
ulama klu ade pun di hujung2 dunia kala hari ni habis2 dikecam... bukan lg dihormati, ramai lupe agaknye,'ulama itu pewaris nabi'.
maka tinggallah pemimpin dari klgn mereka yg jahil...media sibuk memprthnkan yg sesat
myrol92 myrol92 27 Februari 2010 6:33 PTG
dan yg jahil pula mendakwa mereka sudah cukup sempurna, sudah cukup ilmu. Padahal ilmu hanya sekerat tp berangan ingin jd ulama, kononyan nak berdakwah, tetapi apa yg didakwahkan ternyata sesat, tersimpang dari jalan Allah dik Ilmu yg Kurang.
itulah sebabnya muncul ajrn2 sesat
cikgu isza cikgu isza 28 Februari 2010 1:46 PG
ramai juga orang yang bijak pandai agama kononnya menghalalkan cara.. siap dengan bukti yang boleh diterima akal fikiran..
myrol92 myrol92 28 Februari 2010 2:18 PG
mmg mereka ni pandai bermain ngan kata2 untuk menyesatkan manusia..
so.. kita seharusnya berhati-hati dan jangan mudah terpengaruh...