Kata-kata motivasi Aa Gym


Kata-kata motivasi Aa Gym:

“Segala pekerjaan di nilai dari amalan hatinya. Itulah kaitan pekerjaan dengan amalan hatinya. Apabila niatnya ikhlas hanya kerana Allah semata-mata, amalannya adalah tinggi nilainya.

Apabila niatnya terpesong, bukan kerana ingin mendapat keredhaan Allah, tetapi untuk mendapat pujian atau bagi menyaingi orang lain, amalannya tidak bernilai dan tidak bererti lagi. Ketahuilah, niat itu terletak pada hati. Hati yang bersih menghasilkan niat yang ikhlas.”

Kata-kata motivasi ni dipetik dari buku motivasi kecil bertajuk Menjadi Muslim Terbaik terbitan PTS Millenia, di muka surat 31.

Untuk kita bermotivasi hari ini, kita boleh mulakan dengan memberitahu diri kita di dalam hati:“aku mau bermotivasi hari ini” ataupun “aku mau bersemangat hari ini”.
Niat yang kecil dan ringkas boleh memberi impak yang sangat besar dalam diri Anda sepanjang hari.

Kata-kata motivasi Aa Gym