Makna Di Sebalik Kata2 Wanita/Perempuan


Ni satu lagi citer aq nak kongsi ngan rakan2 . Ayat ni aq amik kat dalam Forum tanya sifu.....yang dipost oleh sorang member ni..@rUn@...nah taknak citer panjang2 korang baca ni jer...

1. Kalau perempuan tanya : Lawa ke budak pompuan tu?
    Makna tersembunyi : Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?

2. Kalau perempuan tanya : You dah makan ke belum?
    Makna tersembunyi : Jom pi makan. Lapar ni!

3. Kalau perempuan kata : Lawa-lawa la baju kat sini,yek.
    Makna tersembunyi : Belikanlah untuk I.

4. Kalau perempuan kata : Rasa macam nak pening la.
    Makna tersembunyi : Tolong picit kepala.

5. Kalau perempuan kata : Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi?
    Makna tersembunyi : Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.

6. Kalau perempuan kata : Kita lebih sesuai berkawan saja.
    Makna tersembunyi : I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

7. Kalau perempuan kata : I suka berkawan dengan you. You baik,memahami bla bla bla...
    Makna tersembunyi : Hish.. I rasa macam minat sesangat kat you la. Rasa macam nak jadi  
    awek you je.

8. Kalau perempuan tanya : You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
    Makna tersembunyi : Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.

9. Kalau perempuan kata : I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
    Makna tersembunyi : Amboi! Aku kena berkorban. Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.

10.Kalau perempuan kata : I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus- terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil.




Makna tersembunyi : Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.

hehehehee......



{ 7 comments.. read them below or add one }

cikgu isza cikgu isza 21 Februari 2010 3:03 PG
ishhh.. banyak yang tak betulnya.. tapi nombor 5 tu.. sokongggg.. hehehe
myrol92 myrol92 21 Februari 2010 3:10 PG
hehehe...ni hanya rekaan semata-mata..
jangan maraaa.. yer...
BeaN MorENo BeaN MorENo 21 Februari 2010 11:51 PG
haha...kalau pompuan tu tanya :

"Lelaki tu hensem tak???"

kita nak kene cakap apa???
s y i e r a s y i e r a 21 Februari 2010 1:41 PTG
eh eh .
nape mcm btol ye .
err..
ira ni pompuan ke x eh ??
HAHA .
::aMaD:: ::aMaD:: 21 Februari 2010 6:18 PTG
pedoman baik punya..hihihi.
tp betul ke sume prmpuan fikir mcm tu??
myrol92 myrol92 21 Februari 2010 6:21 PTG
@ ::aMaD::....
hehehe...gurau jer..jangan maraa..yer..