Hukum Makan Makanan Untuk Pemujaan Berhala



Makanan yang digunakan untuk upacara pemujaan atau berhala dilarang sama sekali orang Islam untuk memakannya. Ini kerana walaupun makanan tersebut mempunyai zat yang baik, tetapi kerana ia telah dijadikan bahan pemujaan, maka Islam melarangnya. Jom ikuti persoalan mengenai hukum makan makanan untuk pemujaan berhala.

Soalan    :
Assalamualaikum,
Baru-baru ini saya ke rumah seorang kawan berbangsa cina bersama dgn anak berumur 3 tahun. Apakah hukumnya anak saya memakan buah pisang yang diletakkan didepan tokong itu. Saya diberitahu bahawa makanan yang disembah itu haram memakannya. Minta penjalasan ustaz sewajarnya. Terima kasih.

Jawapan     :
Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Salawat dan salam ke atas Rasulullah SAW. Makanan yang dibuat atau diletakkan di suatu tempat dengan niat atau tujuan untuk diberi kepada berhala yang disembah/dipuja adalah haram dimakan kerana syiriknya meskipun pada zatnya makanan itu adalah halal seperti pisang, limau dsb. Oleh itu, wajib menghindarkan diri daripada memakan perkara tersebut.
Sekian, wassalam.