Sebagai persiapan bagi menghadapi bulan ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi, marilah sama-sama kita mempersiapkan diri dengan ilmu yang bermanfaat. Dijangkakan umat islam akan menunaikan ibadah puasa bermula pada 10 julai 2013 iaitu pada hari rabu. Walaubagaimanapun tarikh permulaan puasa bergantung kepada pengumuman oleh penyimpan mohor besar raja-raja.
Puasa merupakan salah satu rukun islam yang wajib dilaksanakan. Puasa dari segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri.
Firman Allah Ta’ala :
Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”.
(Surah Al-Baqarah Ayat 183)
Sebagai perkongsian dan peringatan bersama di bawah disertakan lafaz niat puasa fardhu ramadhan dan juga doa berbuka puasa.
Lafaz niat puasa fardhu Ramadhan :
Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
dan
Doa Ketika Berbuka Puasa :
Ertinya : Ya Tuhanku keranamu jua aku berpuasa dan denganmu aku beriman dan di atas rezekimu aku berbuka dengan belas kasihanmu Ya Allah yang amat mengasihani.
Semoga ibadah kita diterima Allah dan diberkati..