Al Quran Sebagai Pembela di Akhirat

Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an." Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya." Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari." 

Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya. Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?" Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."

{ 7 comments.. read them below or add one }

Tanpa NamaTanpa Nama 18 Oktober 2011 9:43 PG
penyelamat di akhirat~~~
mohd akhmar mohd akhmar 8 November 2011 10:29 PTG
baca lah..sebelum diri di bacakan oleh org lain..ketika itu dirimu tidak boleh berbuat apa-apa..
Tanpa NamaTanpa Nama 12 Disember 2011 3:42 PTG
Say a nak copy boleh? Nk share dgn org lain. Terima kasih ;)
zaid_pck92 zaid_pck92 18 Januari 2012 11:15 PTG
seindah2 buku adalah al quran...maka selalu kn membaca nye dari membaca buku tk berfaedah....
Nor Salawati binti JamriNor Salawati binti Jamri 4 Mac 2012 9:16 PTG
Assalamualaikum.
Saya ambil arkib ilmu ini, untuk facebook saya.Jutaan,terima kasih.Semoga Allah merahmati anda.