Salahkah Wanita Tak Tahu Memasak?
Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?” Dengus teman wanita yang lain.
Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan tidak yakin pada diri untuk menjadi Imam.
Kalau tidak pandai menjadi Imam, belajarlah sekarang. Jika wanita boleh disuruh belajar memasak, apa salahnya lelaki belajar untuk memperbaiki bacaan al-Fatihah dan belajar cara untuk menjadi seorang Imam kepada isteri.!
Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja ke ?.
SALAHKAH WANITA TAK TAHU MEMASAK?
Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.
“Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!” Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.
Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.
”Habis sekarang kenapa tidak belajar?” Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.
”Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!” Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.
Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.
Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.
Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.
Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.
Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.
Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.
Betul juga ? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?
Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa ‘queen control’.
Kesimpulananya
Belajarlah memasak samada lelaki dan perempuan jika nak kekalkan kebahagiaan rumahtangga atau untuk menimbulkan kasih mesra antara suami isteri.
Jika tak pandai masak pun, tolong-tolonglah isteri masak. Tolong angkat periuk ke kuali ke, basuh pinggan mangkuk ke. Sebab itu semua sunnah. Buat yang sunnah dapat pahala. Pahala dapat, kasih bertambah. Untung berganda-ganda.